Friday, January 24, 2014

Penyakit Gout kurang dengn Garam Buluh

Garam Buluh

Bagaimana garam buluh dapat membantu kurangkan gout


Masalah gout adalah sangat biasa kita jumpa lebih-lebih lagi bagi kaum lelaki. Apa sebenarnya gout ni? Gout adalah disebabkan pengumpulan Asid urik berlebihan pada sendi dan menyebabkan pembentukan kristal.Kristal-kristal ini akan menyebabkan keradangan yang menyebabkan sendi bengkak, merah dan sakit.







Mana datangnya asid urik ini?

Asid urik berasal daripada hasil penguraian bahan bernama Purine. Kebiasaannya asid urik ini larut dalam darah dan akan dibuang melalui air kencing. Bahan makanan yang tinggi purine seperti daging, makanan laut, kekacang dan lain- lain meningkatkan kandungan asid urik dalam badan. Apabila asid urik ini meningkat, longgokan berlaku pada sendi dan menyebabkan gout.

Faktor- faktor yang mencetus simptom gout termasuk:

  • Stress
  • Kurang air
  • Masalah buah pinggang dan hati
  • Pengambilan alkohol
  • Sesetengah ubatan moden 


Ubatan moden boleh membantu mengurangkan kesakitan dan menurunkan tahap asid urik. Tapi tahukah anda bahawa pengambilan ubatan moden untuk jangkamasa lama meninggalkan kesan sampingan yang berbahaya seperti masalah buah pinggang rosak, alergi, muntah dan cirit-birit, anemia atau kurang darah merah dan banyak lagi. 

Selain mengambil ubatan moden, kita boleh mengamalkan makanan beralkali (sayuran) dan banyak minum air. Selain itu, kita boleh juga mengambil garam buluh yang bersifat alkali untuk menyelesaikan masalah gout. Garam buluh bersifat alkali membantu meneutralkan asid dalam badan, menyingkirkan toksin, serta menyelesaikan masalah gout. 

Seorang kenalan lelaki pertengahan umur telah mengalami masalah gout yang teruk. Beliau mengalami bengkak dan sakit di kedua-dua belah lutut, pergelangan kaki dan sendi ibu jari kaki. Keadaan ini menyebabkan beliau menderita selama tiga tahun dan terpaksa berhenti kerja dan tidak pergi ke surau untuk menunaikan solat berjemaah. Nak solat berdiri pun susah. Setelah mengubah cara hidup dengan menggantikan garam kimia rumah dengan garam buluh masak dan mengamalkan minuman garam buluh, Alhamdulillah masalah gout beliau telah beransur pulih. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk garam buluh, klik garam buluh

No comments:

Post a Comment