Wednesday, January 29, 2014

Garam buluh: Spa Kaki Garam Buluh

Spa kaki garam buluh di rumah


Setelah berpenat lelah pulang dari kerja, alangkah leganya kalau dapat spa terapi kaki dengan menggunakan air garam di dalam rumah sendiri? sambil menikmati minuman kegemaran dan bersantai di depan TV bersama anak-anak, sambil tu jugak dapat merendam kaki dalam terapi air garam buluh. Teknik ini bukan saja dapat menenangkan fikiran dan melegakan keletihan badan, malah cara ini banyak kebaikan dan khasiatnya. 





Kebaikan rendaman kaki dengan terapi garam buluh


  • Membantu menyah toksin dari badan
  • Melegakan keletihan dan menghilangkan sakit badan dan otot.
  • Membantu darah berjalan dengan lancar.
  • Menyegarkan badan.
  • Membantu merawat tumit yang pecah dan merekah.
  • Membantu menghilangkan kulat air dan kaki berbau.
  • Membantu mengurangkan rasa pening dan migrain.


Amalkan rendaman kaki dengan air garam buluh di rumah dengan lebih kerap untuk mendapat hasil yang lebih berkesan.


Bagaimana nak buat rendaman kaki terapi garam buluh?

Untuk permulaan, buat 3 hari berturut-turut sekurang-kurangnya 1 jam sekali. Kemudian buat seminggu sekali. Anda disarankan untuk meminum banyak air semasa terapi ( lebih baik kalau menggunakan air Bioaura)

Untuk maklumat lebih lanjut tentang garam buluh, klik garam buluh

No comments:

Post a Comment