Sunday, July 6, 2014

RAMADHAN: Ibadah kita, Kegembiraan mereka

Ramadhan: Ibadah kita, kegembiraan mereka


 Aqsa Syarif telah melancarkan kempen Ramadhan buat tahun keempat pada tahun ini bertemakan "Ibadah kita, Kegembiraan Mereka". Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia untuk membantu perjuangan ini dengan menyumbang kepada rakyat Palestin yang berada di Gaza, Baitul Makdis, kem pelarian di Lubnan dan juga Syria.
Pada Ramadhan tahun lepas, Aqsa Syarif berjaya menyalurkan sumbangan anda sebanyak RM3.2 juta di Gaza, Lubnan dan Baitul Makdis. Pada tahun 2014, Aqsa Syarif mensasarkan sebanyak RM5 juta di Gaza, Tebing Barat, Baitul Makdis, Syria, dan Lubnan.


Terdapat 5 buah bentuk perjuangan yang kita perlu sertai:

1. Penajaan Sahur di Baitul Maqdis. Pertama kali diwujudkan. Hanya RM20 per set.
2. Penajaan Iftar di Baitul Maqdis dan Gaza, dan Beirut. Hanya RM50 per set
3. Penajaan Hadiah Raya di Gaza dan Beirut. Hanya RM150 per set.
4. Penajaan Pek Makanan Keperluan di Gaza dan Beirut. Hanya RM300 per set.
5. Ramadhan bersama Imam Palestin di seluruh Malaysia.

Ayuh! Marilah kita mengingati pesanan ini:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan" .(Tirmizi)

Salurkan sumbangan anda atas nama "Aqsa Syarif Berhad" melalui
=Maybank Islamic (551575-004299)
=Bank Islam (1209-20100-34904)

Sila hantarkan maklumat pembayaran kepada projects@aqsasyarif.org.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
+603-8733 4636

"Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka"









Saturday, June 14, 2014

Persediaan Ramdhan

Peluang Menyambut Ramadhan di 2014

Alhamdulillah syukur kepada Allah tahun 2014 sudah sampai ke pertengahan. sekarang kita boleh buat checklist untuk lihat apa matlamat yang sudah di capai dan apa lagi yang belum. Pencapaian dari segi fizikal, kewangan, keluarga dan banyak lagi. Untuk post kali ini, saya nak share sikit tentang pencapaian kerohanian. Ini adalah hanya perkongsian bersama sahabat-sahabat di luar sana.

Setelah melalui tahun 2014 ini, kita sudah hampir sampai ke bulan yang sangat penting buat kita umat islam. Bulan yang ditunggu- tunggu setiap tahun. Hanya tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi untuk kita menyambut kedatangan bulan "kekasih" kita iaitu bulan Ramadhan Al Mubarak. Banyak sangat manfaat yang boleh diperolehi dalam bulan ini. Bulan Ramadhan sebagai bulan pengampunan, bulan rahmat, bulan berkat, bulan pembersihan jiwa dan banyak lagi. Tapi sebelum kita menyambut bulan "kekasih" kita ini, eloklah kita membuat persediaan diri kita supaya kita dapat full use manfaat pada bulan ini.

Pertama sekali, persediaan diri hendaklah bermula sebelum kedatangan bulan Ramadhan lagi. Ini kerana, kita perlu mengambil masa untuk membiasakan diri dengan perkara yang tak biasa kita buat. Apakah persediaan yang boleh kita buat sebelum bulan Ramadhan?

1) Percakapan

Latih diri untuk menghadkan percakapan kita. Hanya bercakap perkara yang penting dan bila perlu. Ini dapat mengelakkan kita daripada tersalah kata atau bercakap benda-benda yang tiada kebaikan. Waktu kita tak bercakap bolehlah diisi dengan zikrullah atau mendengar alunan-alunan bacaan al-quran/ zikir.

2) Banyakkan memberi salam, senyuman dan pujian

Kita cuba untuk biasakan memberi salam, senyuman dan pujian kepada orang lain sebanyak yang boleh kerana ini juga adalah salah satu bentuk sedekah. Sedekah di bulan Ramadhan nanti lebih berlipat ganda ganjarannya. Perbuatan ini juga akan melahirkan rasa senang dan merapatkan silaturrahim antara dua orang.

3) Latih diri untuk mengawal pemakanan

Kita cuba untuk ambil makanan yang tidak terlalu banyak dan hanya ala kadar sahaja. Ini akan memudahkan kita untuk melalui bulan Ramadhan nanti. Kita boleh juga berpuasa sunat di bulan Syaaban.

4) Kawal perasaan

Ini merangkumi banyak aspek. Perasaan negatif seperti marah dan benci adalah contoh perasaan yang perlu dikawal untuk persediaan bagi Ramadhan. Elakkan membaca, menonton, mendengar, melihat dan berbual benda-benda yang boleh membangkitkan perasaan tersebut.

5) Paksa diri menghadiri majlis ilmu

Menambah ilmu sebelum bulan Ramadhan adalah sangat penting kerana melalui ilmulah kita dapat mengamalkan sesuatu perkara itu dengan cara yang betul dan dapat full benefit dr bulan Ramadhan nanti. Kita boleh mendapat ilmu dari kuliah dan tazkirah di masjid, rancangan motivasi di TV dan radio, membaca buku dan kuliah-kuliah online. Ini juga dapat mendidik kita untuk membiasakan diri ke masjid pada Ramadhan nanti.

6) Memberi sedekah dan belanja orang makan, berbuat baik kpd orang lain.

Cuba untuk latih diri memberi sedekah. Tak perlu banyak, hanya RM1 sudah memadai. Buat secara konsisten. Kita juga boleh belanja orang lain makan.

7) Melakukan amalan-amalan sunat

Melatih diri melakukan amalan sunat seperti solat malam, solat sunat, puasa, zikir, membaca al-quran dan sebagainya. Untuk bacaan al-quran, kita boleh cuba untuk target kan untuk meluangkan sekurang-kurangnya 5-10 minit sehari. Tidak perlu bimbang kalau kita lambat dan tidak boleh habis satu muka sehari, tapi yang penting adalah mencuba dan konsisten. Untuk muslimah yang uzur, bolehlah menghayati tafsir al-quran dalam 5-10 minit setiap hari. Kalau boleh buat lebih lebih baik.

8) Berdoa untuk mendapat Ramadhan terbaik

Doa adalah senjata orang mukmin. Kita bolehlah mula berdoa kepada Allah swt untuk mendapat yang terbaik untuk Ramadhan kali ini.


Ini adalah sebahagian perkongsian dari saya tentang persediaan diri untuk bulan Ramadhan ini. Semoga kita akan mendapat full use gunakan sebaiknya manfaat pada bulan Ramdhan kali ini insyaAllah. Segala yang baik itu dari Allah swt dan kekurangan itu dari kelemahan diri saya sendiri.

Wassalam.

Friday, June 6, 2014

SABUN MARINE ESSENCE

SABUN MARINE ESSENCE @ SABUN CERAH KETIAK

SABUN MARINE ESSENCE MENYELESAIKAN MASALAH KULIT ANDA


Alhamdulillah dapat feedback positif dari customer Sabun marine essence. Baru seminggu mencuba sabun ni tapi banyak masalah beliau dah selesai. Tumit dah licin, parut dah makin pudar, kulit pun makin sihat dan cantik. Maklumla sabun ni bukan calang-calang sabun. Tapi sabun organik tanpa bahan kimia dan mempunyai bahan-bahan yang sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Testimoni Sabun Marine Essence




Sekarang ni pulak kami sedang mencari agen untuk Hot produk ni. Sebab tak menang tangan mengambil order. Banyak sangat demand.

Untuk dapatkan info menjadi agen atau nak dapatkan Sabun Marine Essence ini, boleh PM ke link ini:-

http://www.facebook.com/messages/beautyplus2u

ATAU SMS/WHATSAPP ke 0123217411 

Sunday, May 11, 2014

Marine Essence Bar Soap

MARINE ESSENCE BAR SOAP @ SABUN CERAH KETIAK

SABUN TERLAJAK LARIS

Hari ini saya nak kenalkan kepada anda satu produk yang sedang HOT dan MELETOPS di pasaran. Restock berkali-kali masih tak cukup kerana permintaan yang tinggi. Sabun Marine Essence Beauty Bar atau nama glamernya Sabun Cerah Ketiak yang berbentuk kerang ini mmg meletops di pasaran. Sabun yang sangat harum ni mempunyai banyak khasiat dan kelebihannya disamping bentuknya yang sangat cantik. Produk ini di rumuskan untuk menyihatkan, melembapkan, dan meremajakan kulit anda. Bahan-bahan nya terdiri drpd bahan organik yang sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur.

Bahan-bahan utama

1. Garam buluh: Garam buluh kaya dengan mineral semulajadi serta bertindak sebagai agen anti-oksidan, anti-bakteria, anti- alergi dan anti-keradangan.

2. Pheno-SFE (Ekstrak Teh Pu erh): Bertindak sebagai agen anti-oksida dan pemulihan unk menghapuskan radikal bebas daripada merosakkan sel kulit( agen anti-penuaan)

3. Ekstrak Likuoris: Mencerahkan pigmentasi kulit dan mengurangkan bintik-bintik hitam

4. Minyak Tea tree: Bertindak sebagai agen anti-bakteria dan anti-kulat

5. Vitamin E: Bertindak sebagai agen anti-oksida dan anti-penuaan. Mempercepatkan penyembuhan kulit yang rosak dan bermasalah.

6. Gliserin: Melembapkan kulit. Menarik kelembapan supaya kulit sentiasa lembap dan segar. Baik untuk kulit yang sering kering, gatal dan sensitif.

7. Aloe Vera: Menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit bermasalah.

Fungsi-fungsinya

- mencerahkn bahagian ketiak dan celah-celah yang gelap.
- menghilangkan daki pada leher, siku, lutut dan lain-lain
- menghilangkan dan mengurangkan gatal- gatal badan
- mengurangkan pigmentasi dan bintik-bintik hitam.
- mengurangkan masalah jerawat dan kulit muka berminyak
- melembapkan kulit dan meremajakan kulit
- mengurangkan kesan parut
- memberi kesegaran badan
- mengurangkan masalah eczema
- mencerahkan parut selepas lahir



sekotak sabun ni ada 3 buku. Boleh digunakan untuk seisi keluarga dan untuk semua bahagian badan.

Testimoni


                                                                      Testimoni Parut

                                                                  Testimoni ekzema





Dan banyak lagi testimoni yang positif

Harga untuk sekotak (3 ketul) RM 105
Seketul RM 35

Untuk info lanjut Watsapp/ SMS 012-3217411( Dr Fir)



Thursday, May 8, 2014

Garam buluh

Apa itu garam buluh?

Produk garam buluh 

Garam buluh adalah revolusi baru produk garam yang mempunyai 1001 khasiat untuk membantu MENCEGAH dan MERAWAT pelbagai peyakit. Garam Buluh juga kaya dengan mineral yang berguna untuk badan manusia. Produk garam buluh kami mampu membuang toksin dan asid dalam badan.



Proses pembuatan garam buluh








Keistimewaan Produk garam buluh

1. Bahan organik semulajadi yang mempunyai lebih 70 jenis zat galian.
2. Bertindak sebagai agen anti-oksidan
3. Bersifat alkali dengan tahap pH 10-11

Kebaikan dan fungsi utama garam buluh

1. Meneutralkan asid berlebihan dalam badan
2. Menyah toksin
3. Membantu penyerapan mineral dan vitamin penting dalam badan
4. Mencegah penyakit kronik
5. Menyegarkan tubuh badan
6. Bersifat antiseptik
7. Menggantikan mineral yang hilang semasa cirit-birit/ keracunan makanan


Siapakah yang boleh mengambil produk garam buluh?


Sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan tahap kesihatan adalah disarankan untuk mengamalkan meminum garam buluh dan menggantikan garam masak kimia di rumah dengan garam masak garam buluh.Ibu mengandung dan kanak-kanak juda selamat untuk mengambil garam buluh.


Bolehkah pesakit darah tinggi mengambil garam buluh?


Boleh kerana kandungan natrium garam buluh sangat rendah dan ini membolehkan pesakit darah tinggi untuk mengambil garam buluh sebagai makanan harian mereka.






Cara penggunaan garam buluh

Boleh digunakan sebagai minuman harian anda. Campurkan 1 peket garam buluh minuman ke dalam secawan air (sejuk atau panas dan boleh campur dengan semua jenis air kecuali air berkarbonat, minuman keras. Ambil 1-2 peket sehari.
Sesuai untuk pesakit kencing manis, gout, darah tinggi, sakit jantung dan buah pinggang.
Boleh juga digunakan sebagai colek dan untuk masakan.

Produk ini juga mendapat pengesahan halal.




Harga Garam Buluh Premier Drink (semenanjung):
RM 128 (40 sachets x5g) sekotak + RM6 postage


Harga Garam Buluh Premier Drink (Sabah/ Sarawak):
RM 128 (40 sachets x5g) sekotak + RM11 postage

Harga Garam Buluh Premier Cooking Salt
200g(sebotol) RM 53

Jika berminat hubungi saya:
SMS/ CALL/ Whatsapp: 012-3217411(fir)
Email sfiryelhana@gmail.com