Wednesday, January 29, 2014

Garam buluh: Spa Kaki Garam Buluh

Spa kaki garam buluh di rumah


Setelah berpenat lelah pulang dari kerja, alangkah leganya kalau dapat spa terapi kaki dengan menggunakan air garam di dalam rumah sendiri? sambil menikmati minuman kegemaran dan bersantai di depan TV bersama anak-anak, sambil tu jugak dapat merendam kaki dalam terapi air garam buluh. Teknik ini bukan saja dapat menenangkan fikiran dan melegakan keletihan badan, malah cara ini banyak kebaikan dan khasiatnya. 





Kebaikan rendaman kaki dengan terapi garam buluh


  • Membantu menyah toksin dari badan
  • Melegakan keletihan dan menghilangkan sakit badan dan otot.
  • Membantu darah berjalan dengan lancar.
  • Menyegarkan badan.
  • Membantu merawat tumit yang pecah dan merekah.
  • Membantu menghilangkan kulat air dan kaki berbau.
  • Membantu mengurangkan rasa pening dan migrain.


Amalkan rendaman kaki dengan air garam buluh di rumah dengan lebih kerap untuk mendapat hasil yang lebih berkesan.


Bagaimana nak buat rendaman kaki terapi garam buluh?

Untuk permulaan, buat 3 hari berturut-turut sekurang-kurangnya 1 jam sekali. Kemudian buat seminggu sekali. Anda disarankan untuk meminum banyak air semasa terapi ( lebih baik kalau menggunakan air Bioaura)

Untuk maklumat lebih lanjut tentang garam buluh, klik garam buluh

Monday, January 27, 2014

Garam buluh- Khasiat

Khasiat garam buluh

Penggunaan garam buluh yang meluas

Penggunaan garam buluh adalah sangat meluas di negara Jepun dan Korea. Tidak hairanlah di negara tersebut kadar penyakit kronik menurun dengan banyaknya. 

Garam buluh kaya dengan elemen surih seperti kalsium dan magnesium, dan bersifat alkali serta dapat menyah toksin dari badan. Jom kita lihat apakah keistimewaan dan khasiat garam buluh.

1) Garam buluh boleh digunakan untuk menurunkan berat badan. Cara penggunaan adalah bancuh satu peket dengan 300 ml air dan minum setiap pagi dan sebelum tidur. Minum 3 gelas air lagi selepas itu.

2) Garam buluh dapat meneutralkan pH badan dan menyingkirkan asid urik.

3) Garam buluh juga bersifat antiseptik dan dapat membunuh kuman. Ia juga adalah anti keradangandan baik untuk masalah radang paru-paru, hati, buah pinggang, mulut, perut, sendi dan lain-lain.

4) Garam buluh membantu mengurangkan maslah alahan kulit,pigmentasi dan masalah lain. Ia juga boleh digunakan untuk masalah kulat di celah-celah kaki (athlete foot)

5) Garam buluh bersifat antioksidan dan dapat melambatkan penuaan serta melambatkan maslah nyanyuk.

6) Garam buluh memberikan keadaan beralkali dalam badan yang dapat mencegah penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung , buah pinggang serta kanser.

7) Garam buluh juga baik untuk sistem penghadaman dan dapat melegakan masalah gastrik, masalah usus, buasir, sembelit dan lain-lain.



Untuk mendapatkan produk garam buluh anda, hubungi SMS/ watsapp/ 012-3217411(Fir)

Maklumat lebih lanjut, Klik garam buluh


Sunday, January 26, 2014

Garam buluh-Cara Penggunaan

Bagaimanakah mendapat kesan yang maksimum dari produk garam buluh?

Cara guna Garam Buluh



Garam buluh masak 

Untuk masakan, gantikan garam masak kimia di rumah anda dengan garam masak garam buluh. Buat masakansetiap hari menggunakan garam buluh. Anda tidak perlu memasukkan bahan perasa kerana garam buluh ini membuatkan makanan anda sedap dan lemak. Anda boleh juga menggunakan garam buluh sebagai pencecah buah-buahan.


Garam buluh minuman

Untuk garam buluh minuman, anda boleh ambil 1-2 peket setiap hari mengikut keperluan. Mungkin untuk permulaan, anda belum biasakan diri dengan bau minuman garam buluh. Anda boleh mencampurkan sedikit air panas dahulu dan biarkan beberapa minit sebelum mencampurkan dengan air atau minuman untuk diminum. Garam buluh boleh dicampurkan dengan apa sahaja jenis air seperti air kosong, teh, kopi atau jus.


Kegunaan lain garam buluh

Selain untuk masakan dan minuman, produk garam buluh boleh digunakan untuk rendaman kaki, untuk masker muka, untuk sapuan pada tempat luka kencing manis dan bermacam cara lagi.

Untuk menonton video testimoni garam buluh, klik Testimoni

Friday, January 24, 2014

Penyakit Gout kurang dengn Garam Buluh

Garam Buluh

Bagaimana garam buluh dapat membantu kurangkan gout


Masalah gout adalah sangat biasa kita jumpa lebih-lebih lagi bagi kaum lelaki. Apa sebenarnya gout ni? Gout adalah disebabkan pengumpulan Asid urik berlebihan pada sendi dan menyebabkan pembentukan kristal.Kristal-kristal ini akan menyebabkan keradangan yang menyebabkan sendi bengkak, merah dan sakit.







Mana datangnya asid urik ini?

Asid urik berasal daripada hasil penguraian bahan bernama Purine. Kebiasaannya asid urik ini larut dalam darah dan akan dibuang melalui air kencing. Bahan makanan yang tinggi purine seperti daging, makanan laut, kekacang dan lain- lain meningkatkan kandungan asid urik dalam badan. Apabila asid urik ini meningkat, longgokan berlaku pada sendi dan menyebabkan gout.

Faktor- faktor yang mencetus simptom gout termasuk:

  • Stress
  • Kurang air
  • Masalah buah pinggang dan hati
  • Pengambilan alkohol
  • Sesetengah ubatan moden 


Ubatan moden boleh membantu mengurangkan kesakitan dan menurunkan tahap asid urik. Tapi tahukah anda bahawa pengambilan ubatan moden untuk jangkamasa lama meninggalkan kesan sampingan yang berbahaya seperti masalah buah pinggang rosak, alergi, muntah dan cirit-birit, anemia atau kurang darah merah dan banyak lagi. 

Selain mengambil ubatan moden, kita boleh mengamalkan makanan beralkali (sayuran) dan banyak minum air. Selain itu, kita boleh juga mengambil garam buluh yang bersifat alkali untuk menyelesaikan masalah gout. Garam buluh bersifat alkali membantu meneutralkan asid dalam badan, menyingkirkan toksin, serta menyelesaikan masalah gout. 

Seorang kenalan lelaki pertengahan umur telah mengalami masalah gout yang teruk. Beliau mengalami bengkak dan sakit di kedua-dua belah lutut, pergelangan kaki dan sendi ibu jari kaki. Keadaan ini menyebabkan beliau menderita selama tiga tahun dan terpaksa berhenti kerja dan tidak pergi ke surau untuk menunaikan solat berjemaah. Nak solat berdiri pun susah. Setelah mengubah cara hidup dengan menggantikan garam kimia rumah dengan garam buluh masak dan mengamalkan minuman garam buluh, Alhamdulillah masalah gout beliau telah beransur pulih. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk garam buluh, klik garam buluh

Tuesday, January 21, 2014

Kanser Serviks/ Kanser Pangkal Rahim: Bahagian 3

Siapakah yang berisiko untuk mendapat Kanser Serviks/ Kanser Pangkal Rahim?


Alhamdulillah hari ni saya nak kongsi lebih lanjut tentang kanser serviks. Adakah anda tahu siapakah yang berisiko untuk mendapat kanser serviks?

Jawapannya adalah SEMUA WANITA yang PERNAH/ SUDAH menjalinkan HUBUNGAN KELAMIN/ mengadakan hubungan seksual mempunyai risiko untuk mendapat kanser serviks. Tetapi ada sesetengah wanita yang mempunyai risiko yanglebih tinggi seperti:


  • Mula mempunyai hubungan seksual pada umur yang muda
  • Pasangan seksual yang lebih dari satu
  • Perokok adalah 10x lebih berisiko dari yang tidak merokok
  • Wanita yang pernah menghidap penyakit kelamin seperti gonorrhea, chlamydia, sifilis dan HIV
  • Wanita yang mempunyai positif HPV (Human Papilloma Virus)

Oleh itu, berjumpa dengan doktor untuk ketahui risiko anda dan jalani ujian saringan sekarang.


Amalkan cara hidup seksual yang sihat. Kanser serviks boleh dikesan pada tahap awal. Ikuti bahagian seterusnya untuk mengetahui cara-cara menjalankan ujian saringan dan perlindungan.


Monday, January 6, 2014

LATTE ART GARAM BULUH

Jom try latte art ni :)) Just for fun, guna KOPI garam buluh boleh tak?



Kanser Serviks/ Kanser Pangkal Rahim: Bahagian 2


Tanda- tanda kanser serviks



Apakah tanda-tanda kemungkinan anda menghidapi kanser serviks?

1. Pendarahan tak normal diantara dua waktu haid
Pendarahan mungkin berlaku selepas suci dari haid dan sebelum berlakunya haid seterusnya. Boleh jadi banyak atau sedikit. 






2. Pendarahan tak normal setelah menopos
Wanita yang telah berhenti haid sekurang-kurangnya setahun tetapi mendapat pendarahan tak normal selepas itu. Ini berkemungkinan masalah rahim atau tanda-tanda kanser serviks.

3. Pendarahan tak normal selepas aktiviti seksual 

4. Discaj/ lelehan dari vagina (masalah keputihan)
Ini boleh jadi tanda-tanda jangkitan atau kanser serviks. Discaj ini juga mungkin ada kesan darah atau bau yang tidak menyenangkan.

5. Sakit bahagian bawah abdomen atau sakit semasa hubungan seksual





Tapi tanda-tanda diatas selalunya menunjukkan kanser serviks di tahap akhir. Jadi jangan tunggu sehingga anda mempunyai tanda-tanda ini. Kanser serviks tahap awal mungkin TIADA TANDA- TANDA ini dan seseorang yang menghidap kanser serviks mungkin tidak mengetahuinya. Jalankan ujian saringan PAP SMEAR sekarang.


Ikuti tajuk seterusnya untuk mengetahui samada anda mempunyai risiko kanser serviks.

Sunday, January 5, 2014

Garam punca penyakit

Fakta Garam

Benarkah garam punca penyakit?


Garam sering dikaitkan denpan pelbagai peyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Namun, ramai yang tidak dapat mengelakkan dari menggunakan garam sebagai penambah rasa didalam makanan harian mereka. 



Garam punca masalah kesihatan


Tahukah anda, garam yang biasa digunakan di rumah kita untuk memasak boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan? Garam rumah yang biasa digunakan atau garam putih dikenali sebagai Sodium Klorida (NaCl). Hampir kesemua garam yang didapati dirumah dan restoran berasal dari garam lautan proses kimia. Garam ini bersifat asid. Garam laut ini di proses secara kimia untuk digunakan oleh kita. Proses ini menyebabkan kandungan mineralnya hilang dan boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada kita.




Garam buluh sebagai gantian garam proses


Garam buluh adalah sejenis garam yang bersifat alkali. Masyarakat Korea dan Jepun telah lama mengamalkan penggunaan garam buluh yang menyumbang kepada penurunan masalah penyakit darah tinggi, penyakit jantung, gout dan kencing manis di negara itu.





Garam biasa vs Garam buluh

Proses pembuatan garam buluh berbeza dengan garam biasa dimana garam laut dikeringkan secara semula jadi dan kemudian dibakar di dalam buluh berulang kali. Ini menyebabkan garam tadi dapat menyerap mineral yang terdapat didalam buluh dan seterusnya menukarkan sifat asid garam kepada alkali. Terdapat lebih 80 jenis mineral dalam garam buluh yang diperlukan oleh sistem imunisasi kita.Garam uluh sesuai digunakan oleh penghidap darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan angin ahmar. Penggunaan garam buluh dapat mengelakkan daripada penyakit kronik tersebut.





Garam buluh dapat mengelakkan kanser


Menurut Dr Otto Warburh, pakar perubatan German yang memenangi hadiah nobel bagi penyelidikannya " Kanser atau sebarang penyakit lain berpunca daripada kadar asid yang tinggi dalam badan". Toksin yang terkumpul dalam badan bersifat asid dan menjadi salah satu faktor yang melemahkan sistem pertahanan badan. Ini menyebabkan sel-sel kanser yang dorman dalam badan kita menjadi aktif.

Langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan penyakit lain dan kanser adalah melalui meningkatkan kadar alkali dalam badan dengan mengambil makanan berkhasiat seperti sayur- sayuran serta menukarkan penggunaan garam biasa kepada garam buluh. Mulakan amalan penggunaan garam buluh dalam makanan  harian kita untuk hidup bebas penyakit.


Bagaimanakah untuk mendapatkan garam buluh?



Untuk medapatkan produk garam buluh minuman dan masakan, klik link ini --> Produk Garam Buluh

Saturday, January 4, 2014

Kanser Serviks

Kanser serviks adalah kanser ke-2  tertinggi di kalangan wanita. Sejumlah 500 ribu orang wanita disahkan menghidap kanser serviks setiap tahun diseluruh dunia. Di Malaysia, 3 orang wanita disahkan mengidap Kanser Serviks setiap hari dan separuh dari jumlah ini menyebabkan kematian jika didiagnos lewat. Kanser serviks boleh dielakkan dan boleh dikesan awal.

Bagaimana seseorang boleh mengidap Kanser Serviks?

Cerviks adalah bahagian yang menyambungkan vagina dan uterus.

 Kanser serviks terjadi kerana sel-sel di bahagian servik membiak secara tidak normal ( mutasi). Kebanyakan kes kanser serviks disebabkan oleh jangkitan sejenis virus yang dinamakan Human papillomavirus(HPV). HPV dapat disebarkan melalui aktiviti seksual. Melalui kajian, didapati bahawa sebanyak 80% wanita akan menghidap jangkitan virus HPV sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. Kebiasaannya tubuh kita dapat menangani jangkitan HPV ini. Walaubagaimanapun, kadang-kala tubuh kita tidak dapat menghapuskan virus ini dengan berkesan yang akan menyebabkan jangkitan HPV berpanjangan. Jangkitan virus HPV dalam jangka masa yang lama ini boleh berpotensi menyebabkan Kanser Serviks.  Kanser Serviks boleh mengambil masa bertahun sebelum dapat dikesan. seseorang boleh mendapat kanser serviks tanpa perlu ada sejarah keluarga. Kanser Serviks boleh dihidap oleh sesiapa sahaja dan boleh membunuh.  Ikuti post seterusnya untuk mengetahui tanda- tanda awal kanser serviks. 

January is Cervical Cancer Awareness month !!

Assalamualaikum wbh. Alhamdulillah berkesempatan untuk post dalam blog hari ni. This month is a bit special because  January is the Cervical Cancer Awareness Month. Tahu tak ape itu kanser serviks? InsyaAllah sepanjang bulan Januari ni saya akan memberi info tentang kanser serviks, pembunuh wanita ke-2 di Malaysia.