Saturday, June 14, 2014

Persediaan Ramdhan

Peluang Menyambut Ramadhan di 2014

Alhamdulillah syukur kepada Allah tahun 2014 sudah sampai ke pertengahan. sekarang kita boleh buat checklist untuk lihat apa matlamat yang sudah di capai dan apa lagi yang belum. Pencapaian dari segi fizikal, kewangan, keluarga dan banyak lagi. Untuk post kali ini, saya nak share sikit tentang pencapaian kerohanian. Ini adalah hanya perkongsian bersama sahabat-sahabat di luar sana.

Setelah melalui tahun 2014 ini, kita sudah hampir sampai ke bulan yang sangat penting buat kita umat islam. Bulan yang ditunggu- tunggu setiap tahun. Hanya tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi untuk kita menyambut kedatangan bulan "kekasih" kita iaitu bulan Ramadhan Al Mubarak. Banyak sangat manfaat yang boleh diperolehi dalam bulan ini. Bulan Ramadhan sebagai bulan pengampunan, bulan rahmat, bulan berkat, bulan pembersihan jiwa dan banyak lagi. Tapi sebelum kita menyambut bulan "kekasih" kita ini, eloklah kita membuat persediaan diri kita supaya kita dapat full use manfaat pada bulan ini.

Pertama sekali, persediaan diri hendaklah bermula sebelum kedatangan bulan Ramadhan lagi. Ini kerana, kita perlu mengambil masa untuk membiasakan diri dengan perkara yang tak biasa kita buat. Apakah persediaan yang boleh kita buat sebelum bulan Ramadhan?

1) Percakapan

Latih diri untuk menghadkan percakapan kita. Hanya bercakap perkara yang penting dan bila perlu. Ini dapat mengelakkan kita daripada tersalah kata atau bercakap benda-benda yang tiada kebaikan. Waktu kita tak bercakap bolehlah diisi dengan zikrullah atau mendengar alunan-alunan bacaan al-quran/ zikir.

2) Banyakkan memberi salam, senyuman dan pujian

Kita cuba untuk biasakan memberi salam, senyuman dan pujian kepada orang lain sebanyak yang boleh kerana ini juga adalah salah satu bentuk sedekah. Sedekah di bulan Ramadhan nanti lebih berlipat ganda ganjarannya. Perbuatan ini juga akan melahirkan rasa senang dan merapatkan silaturrahim antara dua orang.

3) Latih diri untuk mengawal pemakanan

Kita cuba untuk ambil makanan yang tidak terlalu banyak dan hanya ala kadar sahaja. Ini akan memudahkan kita untuk melalui bulan Ramadhan nanti. Kita boleh juga berpuasa sunat di bulan Syaaban.

4) Kawal perasaan

Ini merangkumi banyak aspek. Perasaan negatif seperti marah dan benci adalah contoh perasaan yang perlu dikawal untuk persediaan bagi Ramadhan. Elakkan membaca, menonton, mendengar, melihat dan berbual benda-benda yang boleh membangkitkan perasaan tersebut.

5) Paksa diri menghadiri majlis ilmu

Menambah ilmu sebelum bulan Ramadhan adalah sangat penting kerana melalui ilmulah kita dapat mengamalkan sesuatu perkara itu dengan cara yang betul dan dapat full benefit dr bulan Ramadhan nanti. Kita boleh mendapat ilmu dari kuliah dan tazkirah di masjid, rancangan motivasi di TV dan radio, membaca buku dan kuliah-kuliah online. Ini juga dapat mendidik kita untuk membiasakan diri ke masjid pada Ramadhan nanti.

6) Memberi sedekah dan belanja orang makan, berbuat baik kpd orang lain.

Cuba untuk latih diri memberi sedekah. Tak perlu banyak, hanya RM1 sudah memadai. Buat secara konsisten. Kita juga boleh belanja orang lain makan.

7) Melakukan amalan-amalan sunat

Melatih diri melakukan amalan sunat seperti solat malam, solat sunat, puasa, zikir, membaca al-quran dan sebagainya. Untuk bacaan al-quran, kita boleh cuba untuk target kan untuk meluangkan sekurang-kurangnya 5-10 minit sehari. Tidak perlu bimbang kalau kita lambat dan tidak boleh habis satu muka sehari, tapi yang penting adalah mencuba dan konsisten. Untuk muslimah yang uzur, bolehlah menghayati tafsir al-quran dalam 5-10 minit setiap hari. Kalau boleh buat lebih lebih baik.

8) Berdoa untuk mendapat Ramadhan terbaik

Doa adalah senjata orang mukmin. Kita bolehlah mula berdoa kepada Allah swt untuk mendapat yang terbaik untuk Ramadhan kali ini.


Ini adalah sebahagian perkongsian dari saya tentang persediaan diri untuk bulan Ramadhan ini. Semoga kita akan mendapat full use gunakan sebaiknya manfaat pada bulan Ramdhan kali ini insyaAllah. Segala yang baik itu dari Allah swt dan kekurangan itu dari kelemahan diri saya sendiri.

Wassalam.

Friday, June 6, 2014

SABUN MARINE ESSENCE

SABUN MARINE ESSENCE @ SABUN CERAH KETIAK

SABUN MARINE ESSENCE MENYELESAIKAN MASALAH KULIT ANDA


Alhamdulillah dapat feedback positif dari customer Sabun marine essence. Baru seminggu mencuba sabun ni tapi banyak masalah beliau dah selesai. Tumit dah licin, parut dah makin pudar, kulit pun makin sihat dan cantik. Maklumla sabun ni bukan calang-calang sabun. Tapi sabun organik tanpa bahan kimia dan mempunyai bahan-bahan yang sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

Testimoni Sabun Marine Essence




Sekarang ni pulak kami sedang mencari agen untuk Hot produk ni. Sebab tak menang tangan mengambil order. Banyak sangat demand.

Untuk dapatkan info menjadi agen atau nak dapatkan Sabun Marine Essence ini, boleh PM ke link ini:-

http://www.facebook.com/messages/beautyplus2u

ATAU SMS/WHATSAPP ke 0123217411