Sunday, July 6, 2014

RAMADHAN: Ibadah kita, Kegembiraan mereka

Ramadhan: Ibadah kita, kegembiraan mereka


 Aqsa Syarif telah melancarkan kempen Ramadhan buat tahun keempat pada tahun ini bertemakan "Ibadah kita, Kegembiraan Mereka". Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia untuk membantu perjuangan ini dengan menyumbang kepada rakyat Palestin yang berada di Gaza, Baitul Makdis, kem pelarian di Lubnan dan juga Syria.
Pada Ramadhan tahun lepas, Aqsa Syarif berjaya menyalurkan sumbangan anda sebanyak RM3.2 juta di Gaza, Lubnan dan Baitul Makdis. Pada tahun 2014, Aqsa Syarif mensasarkan sebanyak RM5 juta di Gaza, Tebing Barat, Baitul Makdis, Syria, dan Lubnan.


Terdapat 5 buah bentuk perjuangan yang kita perlu sertai:

1. Penajaan Sahur di Baitul Maqdis. Pertama kali diwujudkan. Hanya RM20 per set.
2. Penajaan Iftar di Baitul Maqdis dan Gaza, dan Beirut. Hanya RM50 per set
3. Penajaan Hadiah Raya di Gaza dan Beirut. Hanya RM150 per set.
4. Penajaan Pek Makanan Keperluan di Gaza dan Beirut. Hanya RM300 per set.
5. Ramadhan bersama Imam Palestin di seluruh Malaysia.

Ayuh! Marilah kita mengingati pesanan ini:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan" .(Tirmizi)

Salurkan sumbangan anda atas nama "Aqsa Syarif Berhad" melalui
=Maybank Islamic (551575-004299)
=Bank Islam (1209-20100-34904)

Sila hantarkan maklumat pembayaran kepada projects@aqsasyarif.org.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
+603-8733 4636

"Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka"









No comments:

Post a Comment