Tuesday, December 10, 2013

Kebaikan Mandi Di awal Pagi

Hasil bacaan dari banyak blog dan pendapat, saya nak kongsi info tentang kebaikan mandi di awal pagi. Mandi awal pagi ( sebelum subuh ) dengan air yang sejuk adalah salah satu daripada Sunnah Nabi Muhammad SAW.




 Antara kebaikannya yang lain:

1) Menghasilkan kulit yang halus dan lembut.
2) Melancarkan peredaran darah dan melegakan ketegangan otot serta sendi.  Juga membantu merangsang penyembuhan dan mengurangkan keradangan otot.
3) Meningkatkan kesuburan- meningkatkan pengeluaran sperma lelaki
4) Mengurangkan risiko darah tinggi
5) Mengurangkan tekanan dan menenangkan
6) Meningkatkan sistem ketahanan badan- merangsang sistem ketahan badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang bertindak sebagai 'askar' badan kita terhadap penyakit.
7) Menbantu memperbaiki rambut- membantu menguatkan akar rambut dan melindungi kutikel rambut. Ini dapat megurangkan masalah keguguran.

Oleh itu, kepada yang kurang gemar untuk mandi pagi, cubalah kita amalkan kerana ia nya adalah salah satu Sunnah Rasulullah SAW dan mempunyai banyak kebaikan. Selain dapat pahala( dengan niat untuk kesihatan supaya boleh melakukan amal ibadah), kita dapat juda badan sihat. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment