Monday, November 25, 2013

Masalah selsema


Selsema adalah satu keadaan dimana rongga hidung dipenuhi dengan mukus/cecair. Selsema adalah sejenis gejala/tanda untuk seseorang yang mengalami resdung atau sesuatu penyakit. 

Apabila cecair selsema memenuhi rongga hidung, ini akan menghalang saluran pernafasan dan menyebabkan susah bernafas melalui hidung. Udara yang terperangkap didalam kaviti hidung akan menghasilkan pembentukan tekanan yang akan menyebabkan sakit kepala dan kawasan hidung dan muka.Selsema yang kerap mungkin disebabkan alergi dan boleh menyebabkan jangkitan telinga.

Sebab-sebab berlakunya selsema

1) Cuaca yang sejuk- selsema merupakan satu mekanisme badan untuk memanaskan udara yang dihidu

2) Jangkitan virus-selsema adalah satu cara badan menghalang virus dari merebak ke paru-paru dan saluran pernafasan yang lain.

3) Alahan

4) Menangis- airmata berlebihan boleh mengalir dalam rongga hidung 

5) Trauma bahagian kepala- selepas kemalangan kepala, selsema boleh jadi satu simptom dimana cecair dari tulang belakang keluar melalui hidung.

6) Lain-lain- pengambilan ubatan, masalah genetik, dll.

Tips-tips untuk mengelakkan selsema

1) Kurangkan kontak dengan orang yang kurang sihat

2) Cuci tangan menggunakan sabun atau sapuan alkohol setiap kali selepas memegang barang, bersin dan sebelum makan

3) Dapatkan rehat yang cukup

4) Kerap bersenam dan kurangkan stress

5) banyakkan minum air kosong

6) Amalkan makanan sihat serta buah-buahan yang kaya dengan vitamin C

Kepada anda yang merasakan susah untuk mengikut tips-tips yang diberikan memandangkan cara hidup yang stress dan pemakanan yang kurang teratur, kami ada tips yang mudah dan ringkas untuk kesihatan anda.
Jom tengok tips ini--> Tips kesihatan

No comments:

Post a Comment