Bagaimana seseorang boleh mengidap Kanser Serviks?
Cerviks adalah bahagian yang menyambungkan vagina dan uterus.
Kanser serviks terjadi kerana sel-sel di bahagian servik membiak secara tidak normal ( mutasi). Kebanyakan kes kanser serviks disebabkan oleh jangkitan sejenis virus yang dinamakan Human papillomavirus(HPV). HPV dapat disebarkan melalui aktiviti seksual. Melalui kajian, didapati bahawa sebanyak 80% wanita akan menghidap jangkitan virus HPV sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. Kebiasaannya tubuh kita dapat menangani jangkitan HPV ini. Walaubagaimanapun, kadang-kala tubuh kita tidak dapat menghapuskan virus ini dengan berkesan yang akan menyebabkan jangkitan HPV berpanjangan. Jangkitan virus HPV dalam jangka masa yang lama ini boleh berpotensi menyebabkan Kanser Serviks. Kanser Serviks boleh mengambil masa bertahun sebelum dapat dikesan. seseorang boleh mendapat kanser serviks tanpa perlu ada sejarah keluarga. Kanser Serviks boleh dihidap oleh sesiapa sahaja dan boleh membunuh. Ikuti post seterusnya untuk mengetahui tanda- tanda awal kanser serviks.
No comments:
Post a Comment