Masalah penyakit dari kencing tikus atau dikenali sebagai Leptospirosis, adalah sejenis penyakit yang tenat/ teruk dan boleh berjangkit.Ia disebabkan oleh sejenis bakteria dari jenis Leptospira.
Faktor- faktor risiko termasuk:
- Pekerjaan yang terdedah kepada panas( petani, peldang, pekerja rumah penyembelihan, pekerja sistem pembetungan dll.
- Aktiviti rekreasi dalam air- berenang, kayak
- Barangan peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk di sembelih, ruang perangkap air.
Gejala
- Demam, sakit anggota badan, sakit kepala, menggigil.
- Batuk tidak berkahak, sakit sendi dan tulang.
- Loya, muntah, cirit-birit
Penyakit Leptospirosis jikalau melarat boleh menyebabkan komplikasi seperti jangkitan kuman di otak, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang serta kematian.
Untuk langkah pencegahan, elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang lebih-lebih lagi selepas musim banjir dan hujan ni. Cepat berjumpa doktor kalau terdedah kepada faktor risiko serta mempunyai gejala-gejala di atas.
No comments:
Post a Comment